Saturday, October 2, 2010

TUGASAN 2 : ULASAN BUKU

ULASAN BUKU/BOOK REVIEW

Pengukuran dalam bidang Pendidikan oleh Prof Dr.M.Djaali dan Dr. Pudji Muljono.2007. Direktor Program Pascasiswazah, Universiti Negeri Jakarta.140 halaman

SINOPSIS
                    Buku iringan kepada sebuah teks penuh ini ditujukan kepada guru dan pensyarah yang mengajar kursus penyelidikan. Buku setebal 140 muka surat ini dibahagikan kepada 7 bab dimulai dengan pendahuluan di mana, diterangkan pengertian pengukuran. Selain daripada itu, menjelaskan mengenai pengukuran di bidang pendidikan, pengertian dan jenis-jenis instrumen. Bab 2 tertumpu kepada statistik untuk pengukuran di mana, penjelasan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu terhadap skala pengukuran iaitu, skala nominal. Ordinal, interval, nisbah dan bentuk skala pengukuran iaitu skala likert, Gutman, Semantik Diferensial, Rating scale dan skala Thurstone. Manakala bahagian ketiga ialah deskripsi data hasil pengukuran. Bab 3 menyentuh mengenai kesahan dan kebolehercayaan dalam pengukuran. Bab 4 menceritakan mengenai pengembangan instrumen. Di dalam tajuk kecil ini diterangkan mengenai pengertian instrumen, langkah-langkah penyusunan dan pengembangan instrumen. Selain daripada itu juga, teknik penyususnan dan penilaian butiran instrumen, proses konsep kesahan, proses kesahan konstruk dan proses kesahan empirik.   Bab 5 pula ialah mengenai penskoran di mana diterangkan dengan lebih terperinci terhadap penskoran skala sikap, skala penilaian, soalan soal selidik, komposit, standard. Bab 6 memberi lampiran mengenai contoh-contoh instrumen sperti contoh instrumen skala penilaian, skala sikap dan pemerhatian. Bab terakhir menjelaskan bibliografi.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini ditulis bertujuan memenuhi keperluan buku rujukan/ bahan bacaan kepada mahasiswa program Pasca siswazah untuk membantu dan mengembangkan instrumen penelitian, khususnya penelitian kuantitatif bidang pendidikan. Dalam buku ini, pembaca didedahkan kepada konsep-konsep pengukuran dan penilaian serta pengembangan instrumen baik secara konseptual mahupun secara empiris praktis.
Kelebihan buku ini adalah ia merangkumi semua aspek dalam proses membuat pengukuran. Di dalam bab pendahuluan, dijelaskan mengenai perbezaan dan hubungan antara pengukuran, penilaian dan pentaksiran.
Langkah penyampaian serta contoh yang disediakan dalam setiap bab dan contoh instrumen di akhir bab disusun dengan begitu jelas dan teratur supaya lebih mudah digunakan semasa menyampaikan kuliah, atau semasa mengendalikan kelas tutorial tentang pengukuran.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P 
Penilaian terhadap buku ini adalah melalui kesesuaiannya untuk para penyelidik mahupun guru serta pelajar untuk memperolehi maklumat mengenai pengukuran terhadap kajian yang akan dikaji kelak. Di dalam buku ini dijelaskan dengan lebih terperinci mengenai instrumen yang perlu digunakan, statistik serta jenis skala yang boleh digunakan.
Buku ini ditulis bagi mengisi keperluan akademik pelajar universiti, tetapi juga bagi mengisi keperluan penyelidik-penyelidik yang ingin membuat kajian, khususnya para penyelidik serta mereka yang terlibat dalam organisasi pendidikan juga. Tumpuan dikhususkan kepada penyelidikan tindakan yang bertujuan membuat refleksi amalan p & p sedia ada, dan elemen penambahbaikan yang diperlukan.
Saya mendapati ilmu yang terkandung dalam buku ini boleh dimanfaatkan dalam mereka bentuk taklimat asas penyelidikan kepada guru dan pelajar Pasca Siswazah. Setiap isi kandungan dijelaskan dengan terperinci dari satu bab ke satu bab yang lain. Walau bagaimanapun, buku ini tidak menceritakan dengan terperinci mengenai pengenalan terhadap apa yang terkandung di dalamnya. Buku ini juga tidak mempunyai indeks yang boleh digunakan oleh pembaca untuk membuat rujukan perkataan. Selain daripada itu juga, contoh yang ditunjukkan di dalam buku ini juga tidak terlalu terperinci tetapi masih boleh digunakan sebagai contoh untuk membuat pengukuran terhadap kajian yang akan dilakukan.


No comments:

Post a Comment